MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (Dana BNM)





Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia (Dana BNM)

Bank Negara Malaysia (BNM) melancarkan dana berjumlah RM1 bilion untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah mendapatkan pinjaman bagi membeli rumah pertama mereka.
Dana BNM yang menawarkan kadar pembiayaan rendah itu harus dilihat sebagai satu kemudahan sementara, untuk suatu tempoh terhad dan dilaksanakan secara berhemat.

“Bagi memastikan pembia­yaan rumah terus mapan, kadar pembiayaan rumah perlu mencerminkan kos risiko sebenar dihadapi oleh institusi kewangan dengan mengambil kira kos dana, kos pentadbiran, risiko kecairan dan kredit pinjaman.


“BNM dan institusi kewa­ngan terus komited menyediakan perkhidmatan kewangan yang transformatif bagi memboleh­kan segenap lapisan masyarakat dapat menabung, melabur dan me­minjam secara produktif dan meningkatkan kualiti kehidupan.

“Pembeli pula perlu mempunyai simpanan secukupnya dan keupayaan membayar pinjaman mereka sepanjang tempoh pinjaman untuk memastikan pemilikan rumah.

“Malah, bakal pembeli juga disarankan mengambil langkah praktikal dalam memberi ke­utamaan ke atas komitmen utama perbelanjaan sara hidup agar penambahan hutang melalui pembiayaan rumah tidak membebankan kedudukan kewangan,”

Rumah Mampu Milik BNM
Pendapatan bulanan isi rumah
RM2,300 dan kebawah
Kadar pembiayaan
3.5 % setahun
Kediaman berharga
RM150,000 kebawah
Bank yang terlibat
1.AmBank
2.BSN
3.CIMB
4.Maybank
4.RHB
Dana tersedia selama
2 Tahun (Bajet 2019)


Modul pembelajaran atas talian

Pemohon dana itu juga diwajibkan melalui modul pembelajaran atas talian yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bank pusat itu sebelum mereka ayak memohon dana berkenaan.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Shamsiah Yunus berkata ia bertujuan untuk meningkatkan celik kewangan di kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

Sumber : Utusan dan Malaysiakini

Post a Comment

0 Comments