Bagaimanakah
cara hidup yang diamalkan Rasulullah s.a.w yang perlu umat Islam contohi?
Mencontohi Nabi bukan sekadar serpihan, tetapi perlu dalam semua aspek
kehidupan kita.
Perkongsikan bersama cara hidup sihat Nabi Muhammad amalkan. Bukan
bermakna nabi terhindar daripada penyakit, tetapi baginda sebenarnya hanya
pernah sakit beberapa kali saja.
Baginda
sentiasa berada dalam keadaan sihat walaupun menggalas tugas berat dan mencabar.
Perhatikan perbezaan dengan diri kita yang menghidap pelbagai penyakit serta
penderitaan.
Badan kita
sihat, tetapi kebanyakannya hati berpenyakit. Antara beberapa cara hidup sihat
yang Baginda amalkan adalah.
Selalu bangun sebelum subuh
Rasulullah mengajak
umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu
dan solat Subuh secara berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang
mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik
terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Aktif menjaga kebersihan
Rasulullah
sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut
halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah
sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan
pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)
Tidak pernah makan berlebihan
Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).”
(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada tiga
ruang untuk tiga benda: 1/3 untuk udara, 1/3 untuk air dan 1/3 untuk lainnya untuk makanan.
Bahkan ada
satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi
menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Gemar berjalan kaki
Rasulullah
berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat.
Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah
berjalan lancar.
Ini penting untuk mencegah
penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan.
Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang
hendak kita pergi.
Tidak pemarah
Nasihat
Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat
kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada
kebersihan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk
menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri
maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.
Kemudian
membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan
solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilangkan gundah di hati.
Optimis dan tidak putus asa
Sikap
optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain
perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah
s.w.t.
Tidak pernah iri hati
Bagi menjaga
kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada
sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan
hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf
Pemaaf
adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa.
Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.
Sekiranya kita marah, maka marah
itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti
badan sihat.
Bahagia
sebenarnya bukan mendapat tetapi dengan memberi. Sebenarnya, banyak lagi cara
hidup sihat rasul semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita
rindukan pertemuan dengannya.
0 Comments