BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019
Seperti yang diumumkan dalam Ucapan Belanjawan 2019, Kerajaan akan meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) untuk menjaminkan kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan B40 meringankan kos sara hidup mereka
Pembayaran BSH 2019 Fasa Pertama akan dilaksanakan Pada 28 Januari 2019 mengikut pangkalan data lama dan kaedah lama.
Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah
warganegara Malaysia); atau
• Ibu bapa tunggal yang mempunyai
tanggungan; atau
• Warga emas sebatang kara
Kategori
Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019
adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara
Malaysia); atau
• Bujang / Ibu bapa tunggal tiada
tanggungan; atau
• Bujang yang mempunyai tanggungan
Bagi
pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu
membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan.
PEMBAYARAN BSH 2019
Fasa Pertama
28 Januari 2019 (Isnin)
Isi Rumah pendapatan kurang daripada RM2,000 menerima bantuan sebanyak RM1,000
RM2,001 sehingga RM3,000 menerima bantuan sebanyak RM750
RM3,001 sehingga RM4,000 menerima bantuan sebanyak RM500
Pertambahan RM120 dlm BSH untuk setiap anak di bawah umur 18 tahun, tetapi TERHAD kepada 4 orang anak dan tidak termasuk mereka yang kurang upaya.
Bermakna pendapatan isi rumah yang kurang daripada RM 2,000 dengan 4 orang anak akan mendapat RM 1,480 secara keseluruhanya.
Fasa Kedua
Mei 2019 - Akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia kelak.
Fasa Ketiga
Ogos 2019 - Akan dimaklumkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) kelak.
KKM telah memaklumkan bahawa pembayaran Fasa Ketiga pada 28 Ogos 2009.
Pembahagian Fasa Ketiga:-
RM400 (pendapatan isi rumah RM2,000 ke bawah)
RM300 (pendapatan isi rumah RM2,001 - RM3,000)
RM100 (pendapatan isi rumah RM3,001-RM4,000)
Bayaran kadar tambahan RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksimum 4 orang anak.
Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan dengan menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.
TARIKH PENDAFTARAN PERMOHONAN ATAU KEMAS KINI
Tarikh
pendaftaran permohonan atau kemas kini Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 adalah
bermula pada 1 Februari 2019 sehingga 15 Mac 2019
Untuk maklumat lanjut sila layari portal rasmi BSH
2019, LHDN di pautan https://bsh.hasil.gov.my/"
3 Comments
macam mana mau check status
ReplyDeletehttps://bsh.hasil.gov.my/LogMasuk.aspx
ReplyDeletengam
ReplyDelete